Program di AQC terbahagi kepada 3:
- Integrated Tahfiz Program - Hafalan 3 bulan 30 juzuk Alquran
- Annur Huffaz Community
- Huffaz Online Class
4. Professional Huffaz Camp - program hafalan bersemuka yang kurang daripada 3 bulan.
Program utama di AQC adalah hafalan, iaitu Program Tahfiz Integrasi (PTI) menghafal 30 juz Al-Quran selama 3 bulan fokus bagi lepasan SPM, lepasan STAM dan STPM. Mereka yang ke program ini wajib menghabiskan 3 bulan dan program berfokus. Ada modul khusus yang mereka perlu ikuti. Konsep adalah secara bersemuka sahaja. Mereka yang mengikuti program ini perlu di temuduga penjaga dan pelajar. Dan mereka juga akan terlibat dengan program bimbingan selepas tamat program selama 5 tahun.
Program hafalan lain adalah Kem Huffaz Profesional (KHP) bagi mereka yang ingin menghafal secara separa masa; selama 14 hari (1-3 Juzuk) atau satu bulan (7-10 Juzuk). Program ini pelajar sahaja akan ditemuduga, boleh atas talian atau bersemuka dan bimbingan selepas tamat program adalah pilihan.
Lain-lain program adalah fokus atas talian.